07 June 2011

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG




MEMOHON SUMBANGAN BANTUAN  MAKANAN

Merujuk kepada perkara diatas, sukacitanya dimaklumkan bahawa RUMAH ANAK KESAYANGAN (RAK) adalah sebuah pusat kebajikan yang menaungi seramai 40 orang terdiri daripada anak-anak yatim, anak fakir miskin, asnaf zakat dan remaja bermasalah. RAK juga berperanan sebagai pusat pengumpulan dan agihan bantuan berupa makanan asas serta lain-lain barangan dan menjadi tempat rujuk bagi mereka yang dalam kesusahan terutamanya ibu tunggal,  dan asnaf zakat. Selain anak-anak yang berada dalam asrama, terdapat juga anak-anak yang mendapat perhatian RAK dan masih tinggal di rumah masing-masing.

2.Oleh yang demikian ,kami amat memerlukan sumbangan berupa makanan  harian /mingguan /bulanan  untuk makanan pagi ,tengah hari ,atau petang bagi meringankan kos perbelanjaan RAK.
3.Moga –moga Tuan sudilah berkongsi susah senang bersama kami untuk menolong anank –anak di RAK ini.Segala jasa baik tuan hanya Allah saja yang menbalasnya atas kebaikkan tuan.Sehubungan dengan itu kami amat berharap agar pemohonan sumbangan ini mendapat perhatian dari pihak tuan
4.Untuk  sebarang pertanyaan dan urusan sila hubungi :
    Pejabat                                                            :04-6462054
    Hp Puan Roslina Sulaiman                        :013-4290046

5.Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat  menbantu kami  menyelesaikan keperluan diatas .
 Segala kerjasama /perhatian /sumbangan yang tuan berikan ,kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih .Semoga Tuhan membalasi dengan kebaikan segala sumbangan yang tuan hulurkan.
                              
Sekian,

Yang menjalankan tugas,

PN ROSLINA SULAIMAN
(Pengetua  RAK sidang  2010/2011)



“  MARILAH KITA MENGHIBURKAN ORANG LAIN  MUDAH –MUDAHAN TUHAN
AKAN MENGHIBURKAN KITA DI SYURGA “







ANGGARAN BELANJA BULANAN


                                                 
1)     Sewa rumah                                                   RM    1,800.00    

2)     Bil telefon ,elektrik & air                              RM    1,000.00

3)     Kos selenggara dan baik pulih asrama         RM       750.00

4)     Makan 30 orang x RM 10 x 30 hari              RM    9,000.00

5)     Kenderaan  (minyak  & tol )                          RM    1,000.00

6)     Saguhati petugas  RM 450 x 3 orang            RM    1,350.00

7)     Barang keperluan diri seperti syampu,
        ubat gigi , sabun basuh dll.                              RM      400.00



8)     Promosi ,flyers ,surat ,setem ,dan ll               RM      700.00

9)      Rawatan kesihatan                                        RM      250.00

10)    Sumbangan untuk anak yatim dan
          fakir miskin diluar asrama                            RM   2,000.00

11)    Lain – lain perbeanjaan sampingan               RM   1,000.00




         JUMLAH KESELURUHAN                         RM  19,250.00

No comments:

Post a Comment